Saturday, February 18, 2012

Misai Kucing

Misai Kucing atau nama botaninya Orthosiphon Stamineus Benth (O. Aristatus Blume) dari keluarga Lamiaceae. Ianya dipercayai berasal dari negara asia tenggara seperti Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Brunei. Pada masa kini ramai suri rumah yang menjadikan Pokok Misai Kucing ini sebagai tanaman hiasan di tepi rumah disebabkan bunganya yang cantik. Tanpa mereka sedari Misai Kucing mempunyai banyak khasiat yang mampu merawat penyakit bukan itu sahaja tanaman ini juga tanaman mampu untuk dikomersialkan kerana ianya mudah diusahakan.

Di Malaysia, Misai Kucing telah pun digunakan sejak zaman dahulu lagi sebagai ubat untuk merawat penyakit seperti Batu Karang dan Buah Pinggang oleh pengamal perubatan tradisional zaman dahulu. Kandungan Ortosifonim dan garam kalium yang terdapat pada daunnya merupakan komponen utama yang membantu melarutkan asid urik, fostat, dan oksalat dalam tubuh manusia khususnya yang terdapat pada hempedu yang mampu mengelakkan daripada terjadinya batu karang. Sehingga kini Misai Kucing banyak dijadikan bahan kesihatan seperti Teh Misai Kucing.