Monday, January 23, 2012

Kupu-kupu dan Rama-rama


Kupu-kupu dan Rama-rama merupakan serangga yang tergolong dalam Ordo Lepidoptera iaitu serangga bersayap bersisik. Secara amnya kupu-kupu dan Rama-rama dibezakan oleh beberapa faktor seperti berikut:- 

   




  1.     Kupu-kupu
  •    Sesungut kupu-kupu berfilamen yang langsing dan berbentuk belanta dihujungnya 
  •    Pada waktu rehat kepak kupu-kupu akan terlipat tegak diatas tubuhnya.
  •    Kupu-kupu aktif pada pada siag hari.
  •    Kupu-kupu juga menpunyai warna yang pelbagai (berwarna-warni)     

     2.     Rama-rama
  •      Sesungut rama-rama lagi berbulu.
  •      Semasa rehat rama-rama akan merentangkan sayapnya.
  •      Rama-rama aktif pada waktu malam dan tertarik kepada cahaya.
  •      Rama-rama mempunyai warna yang gelap ( coklat, kelabu, hitam)

Kupu-kupu biasanya hidup dengan menghisap madu bunga, tetapi ada sesetenga yang hidup dengan menghisap cairan dari buah-buahan yang jatuh dan membusuk.



Terdapat 4 peringkat dalam kitar hidup seekor kupu-kupu dan rama-rama peringkat ini dipanggil "Metamorfosis". peringkat tersebut ialah:-

1.    Telur

Kupu-kupu betina kebiasaannya akan bertelur pada belakang daun atau batang tumbuhan. Telur ini mengambil masa lebih kurang 5 hingga 10 hari untuk menetas sebelum mennjadi larva (Ulat beluncas).



2.   Larva (Beluncas)

Dalam keadaan larva ia mengambil masa 3 minggu sebelum berlakunya satu lagi proses transformasi kepada pupu (Kepompong). Kebiasaannya larva mempunyai berat 0.55 miligram dan panjangnya diantara 0.1 inci hingga 2 inci dan juga mempunyai 8 pasang kaki keseluruhannya (16).

3.   Pupa (Kepompong)

Pupa merupakan satu proses dalaman dimana tisu-tisu beluncas akan mengalami satu transformasi yang akan menyebabkan tisu-tisu beluncas bertukar struktur. Proses ini mengambil masa kira-kira 2 ke 3 minggu sebelum bertukar kepada kupu-kupu dewasa.

4.   Imago (Kupu-kupu dewasa)

Pada peringkat ini, kupu-kupu akan melebarkan sayapnya yang cantik dan berterbangan mencari makanan pada bunga-bungaan. Pada peringkat ini juga kupu-kupu mula bertindak proaktif dimana ianya akan melakukan aktiviti pengawanan dan akhirnya akan bertelur. Jangka hayat bagi seekor kupu-kupu dewasa adalah diantara tiga (3) hingga enam (6) bulan sebelum jangka hayatnya terputus dan proses ini akan berulang dari peringkat 1 hingga peringkat 4.