Wednesday, January 25, 2012

PEGAGA


Pegaga atau nama saintifiknya "Centella asiatica (L) Urban" merupakan sejenis herba yang berasal dari sebuah kawasan di Asia dan di Afrika Timur iaitu di sekitar India, Sri Langka dan Madagaskar yang kemudiannya merebak ke Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain termasuklah Malaysia. Pegaga didapati tumbuh meliar di kawasan yang lembap dan berdekatan dengan air kebiasaannya di tepi sungai, dan tali air. Kebanyakan spesis pegaga boleh tumbuh di kawasan yang terbuka namun begitu terdapat juga spesis yang memerlukaan penjagaan atau perlindungan yang sederhana.

Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap satu ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ganjal dengan bahagian tepi daun bersifat licinatau bersegi mengikut jenis. kebiasannya daun pegaga mempunyai lebar diantara 3-5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai sehingga kira-kira 15 cm mengikut kesuburan dan kepadatan tanaman. kebiasannya bunganya dalam 3 ke 4 kuntum dengan kelopak yang berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran 3mm dan kelihatan seperti biji cili. secara amnya terdapat 3 jenis pegaga iaitu centella asiatica, merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesis astiaticalebih dikenali ramai kerana ianya mampu untuk  mengubati pelbagai jenis penyakit.


Di Malaysia pegaga amat popular ianya dimakan secara segar sebagai ulam oleh kaum melayu manakala bagi masyarakat cina pula ianya digunakan sebagai minuman penyejuk badan dan bagi kaum india pula pegaga digunakan sebagai tonik untuk meransang kecerdasan minda.Sehingga kini daun pegaga digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan dan kosmetik di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. ini kerana pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida ( terutamanya asiatikosida, asid asiatik, asid madekassik, madikassosida ), volatile oils, pektin, asid amino, alkaloid hidrokotilina, miositol, asid bramik, asid sintelik, asid isobrahmik dan asid betulik.


Sumber Zainal abidin hassan dan Kamaruddin harun